KUALA LUMPUR: Jaguh badminton perseorangan para negara Cheah Liek Hou terus mencipta sensasi apabila menggondol dua pingat emas di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2 di Vitoria-Gasteiz, Sepanyol, hari ini.
Kecemerlangan pemain berusia 36 tahun itu bermula apabila merangkul emas perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) selepas menewaskan Fang Jen-Yu dari Taiwan 21-13, 21-8 pada perlawanan final, demikian menurut lawan https://bwfpara.tournamentsoftware.com/.
Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu kemudian menambah kilauan emas selepas bergandingan dengan Muhammad Fareez Anuar pada final beregu lelaki SU5 dengan mengatasi pasangan dari India, Rajkumar-Chirag Baretha 21-16, 21-19 dalam tempoh 29 minit.
"Kami akan bertolak ke Toledo selepas ini untuk ke Kejohanan Tahap 1 seterusnya di Sepanyol juga. Saya cuma berharap saya dan rakan sepasukan akan berjuang habis-habisan di Toledo minggu depan demi negara.
"Terima kasih banyak kepada semua yang telah menyokong saya terutamanya penaja yang sering percaya kepada saya akan cemerlang di pertandingan," kata juara dunia 2024 itu dalam hantaran di Facebooknya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Jaguh badminton perseorangan para negara Cheah Liek Hou terus mencipta sensasi apabila menggondol dua pingat emas di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2 di Vitoria-Gasteiz, Sepanyol, hari ini. - Facebook Cheah Liek Hou
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Kawasan rumah tidak lagi sama, tiada lagi senyuman - penduduk
Seorang penduduk Palestin, Ikram Al Ham menzahirkan kesedihan melihat kawasan perumahannya di Khan Younis, Gaza tidak lagi sama seperti dahulu selepas rejim Israel membedil kawasan itu sehingga musnah.
Penduduk Chicago berhimpun bantah serangan kejam Israel
Ratusan penduduk berarak di Chicago untuk membantah serangan kejam Israel di bandar Rafah pada Rabu.
Malaysia kekal tempat pertama destinasi utama pelancong Muslim 2024
Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas untuk kali kesembilan dalam laporan Indeks Perjalanan Global Muslim (GMTI) 2024 oleh Crescentrating dan Mastercard yang dikeluarkan pada Khamis.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
Penuntut universiti luar negara lebih faham, aktif sebar
Penuntut universiti di negara barat dilihat lebih aktif dan konsisten menganjurkan demonstrasi membantah serangan Israel kerana memiliki pemahaman lebih mendalam mengenai kekejaman rejim Israel termasuk membentuk generasi prihatin terhadap isu-isu Palestin.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Badan induk bola sepak dunia itu berkata satu delegasi pakar melawat dan menilai lapan stadium berkenaan sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) FIFA dengan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang Rabu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung
Pegawai penguat kuasa terlibat seludup sisik tenggiling akan didakwa esok - SPRM
Seorang pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa melalui pintu masuk negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.
Liek Hou gondol dua emas di Sepanyol
Cheah Liek Hou terus mencipta sensasi apabila menggondol dua pingat emas di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2, hari ini.
Terbuka Hylo: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia menundukkan pemain Thailand Kantaphon Wangcharoen dalam perlawanan suku akhir hari ini.
Liek Hou tidak dapat tidur lena lepas menang emas bersejarah
Cheah Liek Hou berasa cukup istimewa dengan kejayaan manis meraih emas bagi kategori SU5 (kecacatan fizikal), semalam.
Zii Jia kembali jalani latihan di ABM
Lee Zii Jia antara pemain yang kembali menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara di sini, yang sebelum ini ditutup susulan penularan wabak COVID-19 dikesan di lokasi berkenaan.
Radio ERA reka lagu istimewa buat hari jadi Lee Zii Jia yang ke-23
Zii jia anak jati kelahiran Kedah itu kini secara rasminya meningkat usia 23 tahun sejak dilahirkan pada 29 Mac 1998.
Legenda badminton Malaysia Tan Aik Mong meninggal dunia pada usia 70 tahun
Bekas jaguh badminton negara Tan Aik Mong meninggal dunia dipercayai akibat kanser hati di Pusat Perubatan Subang Jaya di Petaling Jaya dekat sini pada 3.30 petang tadi.
Jaguh beregu badminton negara, Chan Peng Soon lumpuh sebelah muka
Bahagian kiri muka pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon lumpuh akibat penyakit Bells Palsy.
Chong Wei ketuai cabaran Malaysia di Terbuka Indonesia 2018
Chong Wei pernah meraih gelaran Terbuka Indonesia pada 2007, 2009, 2010, 2011, 2013 dan 2016.
Chong Wei 'luar biasa', rangkul Terbuka Malaysia kali ke-12
Jaguh perseorangan negara itu menambah koleksi kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke-12 selepas tumpaskan Kento Momota dari Jepun pada aksi final.
Filem Lee Chong Wei diiktiraf Malaysia Book of Records & Asia Book of Records
Filem yang berkisarkan kisah hidup pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records.